Followers

Monday, July 5, 2010

MUKADDIMAH


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan kalimah ini Ujong Tanah memulakan pos pertama. Berslogankan Jenama Tempatan Dari Selatan ( Local Brand From Southland) Ujong Tanah memperkenalkan diri sebagai suatu jenama produk cenderamata pelancongan khususnya yang beridentitikan Negeri Johor.

Nama Ujong Tanah dipilih kerana sejarahnya. Sebelum negeri ini dinamakan JOHOR, para pengkaji sejarah dan penulis-penulis zaman silam menyebut Johor dengan nama Ujong Tanah. Nama ini juga dipilih supaya Sejarah awal negeri Johor tidak dilupakan begitu sahaja.

Di bawah kelolaan syarikat AUR dengan kerjasama PUJB (Perbadanan Usahawan Johor Sdn.Bhd.) Ujong Tanah telah memasuki pasaran pada awal Jun 2010. Produk pertama di bawah jenama ini ialah T-shirt beridentitikan Johor.

Semoga kemunculan kami dapat memeriahkan industri pelancongan, khusunya di negeri Johor dan Malaysia secara amnya. Juga diharapkan sokongan daripada para pelanggan, pengedar dan ejen-ejen jualan. Mudah-mudahan jenama ini ini akan berkembang dari semasa ke semasa.